Ahad, 15 Mei 2011

Kali Pertama Berkebun

     Biasanya waktu cuti hujung minggu adalah waktu yang berkualiti saya bersama anak saya yang seorang ni. Bagun pagi tadi Ilham anak saya bangun awal pagi seawal 6.00 pagi mungkin sebab dah biasa tiap2 pagi bagun awal pergi rumah pengasuh.

   Pagi ni sebelum mandi saya dan Ilham buat aktiviti luar. Saya bawa dia ke kebun mini saya di tepi rumah untuk mencabut rumput, menanam pokok cili dan menyapu daun-daun yang gugur.

 Sebelum menaam anak cili Ilham mencabut rumput yang ada terlebih dahulu. Pada mulanya Ilham tak faham nak buat apa tapi lepas tegok apa yang saya buat dia sudah faham. Mula-muala sentuh tanah dia mengitai2kan tangannya sambil cakap "mama kotor". Tapi akhirnya dia berjaya mengenali rumput dan mencabutnya.  Ilham mencabut rumput tu dengan tanahnya sekali, tapi takpe la ini pengalaman pertamanya. Lepas ni boleh diperbaiki lagi.
 Ilham memasukkan rumput yang telah dicabut kedalam bakul sampah yang disediakan. Tapi tegok la tangan kanan buang rumput tapi tangan kiri pegang lori kecil kegemarannya.
 Rumput ni la paling susah Ilham nak cabut tapi dia tidak mengalah dan terus mencuba. Akhirnya dapat juga dia mencabut rumput yang degil tu tanpa bantuan. Saja taknak tolong biar dia berdikari.
 Selepas selesai cabut rumput, kami sama-sama tanam anak pokok cili. Aktiviti ini agak mencabar Ilham belajar mengenal cangkul dan cara mengunakannya. Ilham boleh mengunakan mencangkul tapi masih tidak dapat mengawalnya, jadi terpaksalah mama tolong Ilham korek lubang tu.

Inilah pokok cili yang pertama berjaya ditanam oleh ilham dengan bantuan mama. Ilham masih geli nak pagang tanah tu dia guna sebelah tangan je. tangan kiri puas mama suruh guna tapi dia tak nak juga.
 Ini pula pokok kedua yang berjaya ditanam. Tapi yang ni tak tahu la hidup ke tak sebab masa tanam Ilham pegang daunnya. Jadi banyak daunya yang rosak. Tengok la seminggu lagi kalau hidup rezeki kalau tak hidup semai yang baru la nampaknya.

Selesai menanam pokok cili Mama cucikan tangan Ilham yang kotor. Tapi sebenarnya bukan tangan je kena tanah, tapi penuh satu badan dari kaki hinggalah kepala semua bertanah.
Ilham berusaha menarik plastik sampah yang berisi rumput kehadapan rumah untuk dimasukkan ke dalam tong sampah besar.

 Ilham berjaya membawa plastik sampah ke tempatnya tapi tak larat nak angkat masukkan sampah tu ke dalam tongnya, jadi terpaksalah dia mintak mama tolong.

 Tugasan Ilham yang terakhir pagi tadi ialah menyapu daun-daun pokok buluh yang gugur di depan rumah. Sedang seronok2 dia menyapu tiba-tiba dia ternampak seekor ulat gonggok, dia terus campak je penyapu tu.


Aktiviti seperti ini sesuai di lakukan pada waktu awal pagi dan petang. Banyak yang Ilham dapat belajar hari ni. Aktiviti ni kami lakukan dalam masa 1 jam sahaja. Lepas ni mama nak ajar Ilham tanam banyak lagi sayur...InsyaAllah.


2 ulasan:

sudipVSsenduk berkata...

ni mesti peneman setia si emak kan...

Aini berkata...

Comelnyee ^^

Catat Ulasan