Misi Ilham kali ini ialah menyusun 48 biji blok ke dalam kotaknya semula. Aktiviti ini nampak senang tapi susah bagi kanak-kanak seusia Ilham kerana memerlukan kesabaran dan latihan. Sebenarnya ini kali ke ketiga Ilham menyusun blok ni jadi tidak la susah sangat baginya.
Tetapi sebelum ini memang susah Ilham mudah putus asa dan menangis bila blok tidak boleh dimasukkan di celah-celah yang kecil. Akhirnya mama jugalah yang terpaksa habiskan. Tapi tak apa semua demi pengalaman dan pengetahuan yang tidak ternilai.
Sekarang Ilham dah boleh susun semula blok yang dimainnya tanpa bantuan sesiapa pun. Malah Ilham sudah mempelbagaikan gayanya seperti menggunakan penyepit baju untuk menyepit blok tersebut. Walaupun guna penyepit Ilham masih dapat menyusun kesemua 48 biji blok tersebut dengan jayanya Alhamdulillah....
Ini pula Ilham semakin kreatif mengangkut blok-blok yang hendak di susun dengan mengunakan lori mainan. Biasalah kanak-kanak lelaki ade je ideanya.
Inilah lori yang telah penuh dengan blok yang di bawa ke kotak blok untuk disusunnya.
Ilham memindahkan blok dari lori lalu menyusunnya kedalam kotaknya semula.
Ilham hampir selesai menyusun blok-blok tersebut. Akhirnya dia berjaya juga menyelesaikan misi hari ini. Sebagai penghargaan kepada usahanya Cikgu mama akan memuji Ilham Pandai.....sambilo bertepuk tangan... Ilham kelihatan gembira bila dipuji. Aktiviti ni sebenarnya nak mendapatkan psikomotor Ilham dan secara tidak langsung mendidiknya supaya tidak berputus asa dan sabar serta kreatif...