Isnin, 20 Jun 2011
Membesakan Besar dan kecil
Untuk mengajar Ilham membezakan saiz yang besar dan kecil Cikgu Mama sediakan beberapa pasang bentuk yang sama dengan saiz yang berbeza. Bentuk tersebut Cikgu mama lekatkan pada lidi pencucuk. Kemudian Cikgu mama sediakan juga sebuah pasu bunga besar dan sebuah pasu bunga kecil.
Cikgu mama telah meminta Ilham masukkan bentuk yang besar ke dalam pasu besar, manakala bentuk yang kecil dimasukkan ke dalam pasu kecil.
Pada mulanya Ilham tidak faham tetapi setelah dua kali mencuba Ilham sudah semakin memahaminya.
Lama-kelamaan Ilham semakin seronok melakukan aktiviti ini.
Label:
Mengenal saiz bentuk
Mengenal Nombor 1-3
Melihat sambil menyebut nombor 1
Menyebut dan mengamati nombor 2
Ilham menyusun nombor 1,2,3 mengikut urutan
Mengetahui nilai nombor dengan menyepit kad mengikut bilangan dot-dot yang terdapat pada kad.
Ilham seronok menyepit kad.
Kad yang telah siap di sepit.
Kemudian Ilham menyusun kad yang telah siap di sepit mengikut urutan dari kecil ke besar.
Label:
Mengenal Nombor
Langgan:
Catatan (Atom)