Isnin, 20 Jun 2011

Membesakan Besar dan kecil

 Untuk mengajar Ilham membezakan saiz yang besar dan kecil Cikgu Mama sediakan beberapa pasang bentuk yang sama dengan saiz yang berbeza. Bentuk tersebut Cikgu mama lekatkan pada lidi pencucuk. Kemudian Cikgu mama sediakan juga sebuah pasu bunga besar dan sebuah pasu bunga kecil.

Cikgu mama telah meminta Ilham masukkan bentuk yang besar ke dalam pasu besar, manakala bentuk yang kecil dimasukkan ke dalam pasu kecil.

 Pada mulanya Ilham tidak faham tetapi setelah dua kali mencuba Ilham sudah semakin memahaminya.

 Lama-kelamaan Ilham semakin seronok melakukan aktiviti ini.


0 ulasan:

Catat Ulasan